Showing posts with label Cinta Luluh. Show all posts
Showing posts with label Cinta Luluh. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Keena - Cinta Luluh Single CD





Akhirnya, setelah beberapa minggu dlm proses pembikinan, CD Keena beredar di setiap media dan radio. Tajuk lagu asal Hancur Luluh telah diubah kepada Cinta Luluh. Lagu Cinta Luluh akan berada di corong2 radio & Tv. Kami yg terlibat amat berbangga dengan produksi dan kualiti single ini.


Come on geng, support Keena yang tak pernah putus asa dalam kerjaya seninya.

Tuesday, February 1, 2011

Hancur Luluh - Keena Mentor

Sedang orang lain sibuk nak bercuti tahun Baru Cina, kami di studio didatangi tetamu-tetamu istimewa dari Indonesia. Sudara Yusni Hamid dan Auliya, merupakan musician/composer hebat dari negara Garuda. Yusni merupakan composer yang bertanggungjawab menulis single Hanya Engkau Yang Mampu & Sahabat - Aizat dan juga Aku Wanita - Dato' Siti Nurhaliza.




Kami amat berbesar hati bagi menjayakan proses/projek rakaman single pertama "Hancur Luluh" yang di nyanyikan oleh artis baru, Keena dari program realiti TV Mentor dan bakal di rilis oleh Dreamusic tidak lama lagi.



Antara mereka yang terlibat dalam proses rakan ini : Drum/Keyboard - Y.Hamid, Electric Guitar/Akustik - Izu (Monoloque/Nadia Picture Show), Bass - Auliya The Great36 dan Jurutera Rakaman/Mixing, Encik Ojoe kita.

Tetamu yang datang secara terkejut, Taukeh Raja Lawak pun ada melawat kita..