Sunday, July 11, 2010

EP Recording : Ishop - Part 1


Ishop ini bermula dari Bukit Jalil, spesifiknya dari Technology Park. Dianggotai oleh Yosi (gitar), Fid (vokal) dan Syed (bass). Yosi dan Fid masih menuntut di kolej TPM. Mereka mula merakam pada November 2009 dan terpaksa berehat sebentar kerana ketiadaan pemain drum yang telah menarik diri. Jun 2010, mereka kembali lagi ke studio dengan lagu-lagu baru untuk dirakam.


Band ini mempunyai influen dari pelbagai genre di mana lagu-lagu yang dirakam mempunyai elemen pop rock, punk, hardcore dan juga grunge. IShop masih dalam proses rakaman lagu ke 4, dan bakal rilis CD pertamanya dlm bulan September 2010. Mereka masih mencari pemain drum bagi mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Azim. Chekout lagu-lagu demo mereka di http://www.myspace.com/ishopping

1 comment: