Dari minggu lepas, studio agak busy dalam menyiapkan single pertama jazz band nafas baru, Joan & The Jeseltone. Berasal dari sekitar KL, pemuzik-pemuzik muda ini adalah "familiar faces" dalam scene muzik jazz tempatan. Dianggotai oleh Imran (sax), Bob (drum), Joan (vox/guitar), Indra (guitar), Amir (bass) & Tan (keyboard), mereka ini sedang dalam persiapan untuk beraksi di
Bandung World Jazz 2010 pada 3 November ini.
Hingga kini, kami masih lagi bertungkus lumus dalam menyiapkan CD art & cover bagi promo single "Bila Esok Tiba". Track by track recording & kerja2 mixing di lakukan di studio dalam jangkamasa purata 6 hari. Cuba dengar single mereka ini.
Sila ke facebook: joan & the jeseltone untuk update.
No comments:
Post a Comment