Monday, November 22, 2010

Malaysia's Hockey Anthem



Semalam, kami dikunjungi tetamu bagi Projek Malaysia's Hockey Anthem bagi 1Malaysia celebration. Lagu ini ditulis oleh Dato' Johari Salleh dan dinyanyikan pada tahun 1975. Projek rakaman ini adalah bagi memberi nafas baru bagi lagu ini dengan elemen choir. Lagu ini bakal dilancarkan pada 12 Disember 2010 sempena sambutan Kejohanan Hoki 1Malaysia.



Mulai tarikh tersebut, lagu ini akan dijadikan lagu resmi bagi setiap kejohanan sukan hoki di Malaysia, dan kami merasa amat berbangga memberi sumbangan dalam rakaman dan juga mixing. Update terkini, Malaysia menang 4-3 keatas India, dan bakal bertemu Pakistan di Sukan Asia.

No comments:

Post a Comment