Yes, they've improved. 1st day, aku kenal mereka ini agak bersemangat untuk menghasilkan satu karya yang menarik walaupun masih agak kabur halatuju musik mereka. Ini kerana masalah ketiadaan vocalist dan rhythm section yang belum sebati. Tetapi itu cerita dulu..hahaha dulu kawan. Aswad, Joe dan geng ini telah menebus segala persepsi negatif apabila anda mendengar lagu terbaru mereka ini nanti. Mereka sedia untuk rockin..
Komitmen dan dedikasi mereka mengatasi segala tekanan, dan mereka ini terus maju dengan cara mereka sendiri, samada kamu suka atau tidak itu soal lain.
Minggu lepas kami studio agak busy dengan schedule mereka ini bagi menyiapkan lagu ke-3 mereka "Tak Kuasa Aku Merindu". Tajuk yang agak pelik ini menyajikan satu muzikaliti yang lebih direct dan rhythm yang lebih keras, tetapi tidak ketinggalan elemen power popnya. Jika kamu suka Pinkerton, mungkin kamu suka lagu ini.
Terima kasih kerana menulis. Terharu bila dibaca.
ReplyDeleteHarapan yang diletak agak tinggi tetapi InsyaAllah tidak mustahil.